Thursday, March 10, 2011

Assalamualaikum ~~

Ketika di pekan.

Dalam kesibukan dan keriuhan suara antara penjual dan pembeli, tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam berkali-kali dengan nada yang agak pelik. Rupa-rupanya ada beberapa orang budak lelaki yang memberi salam kepada orang perempuan yang lalu-lalang dihadapan mereka. Mereka kelihatan seolah-oleh mempermainkan ucapan ‘assalamualaikum’. Daripada riak wajah, jelas menunjukkan yang mereka mengucapkan salam hanya untuk bersuka-ria dengan tujuan untuk mendapatkan perhatian orang lain terutama golongan wanita.

Sepatutnya, perkara ini tidak harus berlaku. Ucapan salam adalah untuk menyapa sesama muslim ketika bertemu untuk memulakan perbualan dan bertanya khabar. Ucapan salam mempunyai maksud yang baik iaitu mendoakan sesama muslim dan bukannya untuk dijadikan bahan gurauan. Orang-orang terdekat seperti ahli keluarga, sahabat dan guru perlu menegur perbuatan tersebut agar dia tahu akan kesalahan mereka dan belajar untuk tidak mengulanginya. 

No comments:

Post a Comment