Thursday, March 10, 2011

Kasut

Ketika dalam lif, kami terpaksa berasak kerana hanya satu lif yang berfungsi pada hari tersebut. Dalam kami berasak, datang seorang pelajar yang datang terkocoh-kocoh untuk masuk ke dalam lif. Kami terpaksa memberinya ruang kerana kasihan melihatnya bersungguh-sungguh untuk masuk ke dalam lif. Semasa dia masuk, dia telah terpijak kasut salah seorang yang berada di dalam lif tersebut. Sampai aras tiga, dia terus keluar tanpa berkata apa-apa. Saya terdengar perbualan ini, “ aras tiga je, dah la pijak kasut orang tak minta maaf”.

Sepatutnya, pelajar tersebut perlulah memohon maaf kerana tidak sengaja terpijak kasut tadi. Padahal mereka sudah bertolak ansur dengan memberikan ruang kepadanya tadi untuk masuk ke dalam lif dan disini juga sepatutnya dia perlu mengucapkan terima kasih sebagai tanda penghargaan. Tetapi yang berlaku adalah sebaliknya, dan hal ini menyebabkan orang lain memandang serong terhadapnya. Jadi, walau apa-apa sekalipun keadaan kita pada masa itu, kita perlu pandai berbahasa kerana interaksi yang positif amat penting dalam masyarakat.

No comments:

Post a Comment