Thursday, January 20, 2011

Diari harian (20 Jan 2011)

Situasi:

20 January 2011 merupakan cuti am sempena perayaan Hari Thaipusam dan kesempatan ini digunakan untuk mengemas kini fail-fail yang tersimpan di dalam komputer riba ini. Dalam proses tersebut, saya terjumpa teks ucapan pengerusi majlis program bakti siswa/i yang diadakan pada tahun lepas. Terdapat kesalahan tertentu dalam teks tersebut dan saya sertakan contoh teks ucapan itu.
Contoh sebahagian teks ucapan yang mempunyai kesalahan:

Majlis perasmian pembukaan program



Ucapan Pengarah program
Hadirin sekalian yang dihormati, tanpa membuang masa, majlis diteruskan dengan menjemput YANG BERUSAHA LEE TACK HOOI selaku PENGARAH PROGRAM  untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

UCAPAN YANG BERUSAHA LEE TACK HOOI


Terima kasih diucapkan kepada YANG BERUSAHA LEE TACK HOOI atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Hadirin sekalian yang dimuliakan,
Majlis seterusnya menjemput YANG BERBAHAGIA PROFESOR MADYA DR SHAHARUDIN BIN ABDUL AZIZ selaku TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI UPSI untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis perasmian pembukaan PROGRAM BAKTISISWA CAKNA ILMU 2009/2010 ini .
 Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

UCAPAN YANG BERBAHAGIA PROFESOR MADYA DR SHAHARUDIN BIN ABDUL AZIZ

Penyampaian cenderahati
Seterusnya majlis mempersilakan YANG BERUSAHA PROFESOR MADYA DR. AHMAD ZAIDI BIN JOHARI untuk menyampaikan cenderahati kepada YANG BERBAHAGIA PROFESOR MADYA DR SHAHARUDIN B ABDUL AZIZ (TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI)

Sebagai tanda ucapan terima kasih, majlis menjemput SAUDARA LEE TACK HOI  untuk menyampaikan cenderahati kepada YANG BERUSAHA PROFESOR MADYA DR. AHMAD ZAIDI BIN JOHARI
Dipersilakan.........


Kenangan bersama tautan kasih kami buat tatapan jauh dimata dekat dihati


Penerangan:

Perkataan yang digaris diatas merupakan kesalahan dari segi penggunaan kata jemputan bagi orang-orang yang berkenaan. Seringkali berlaku apabila pengacara majlis menggunakan perkataan ‘Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan … ‘, untuk menjemput pengerusi jawatankuasa, pengarah, dan tetamu khas untuk menyampaikan ucapan dalam satu-satu majlis. Hal ini menunjukkan tiada perbezaan dari segi protokol bagi ketiga-tiga jawatan tersebut.

Penghormatan sebenar adalah:-
i)                    Majlis dengan sukacitanya mempersilakan … untuk;
– pembaca doa, pengerusi dan jawatankuasa majlis
ii)                   Majlis dengan  hormatnya mempersilakan … untuk;
– pengarah, pengerusi, jawatankuasa induk
iii)                 Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan … untuk ;
– tetamu utama/khas

Pembetulannya ialah, ‘majlis diteruskan dengan menjemputmenjadi ‘Majlis dengan hormatnya mempersilakan’ bagi menjemput pengarah program memberi ucapan. Majlis seterusnya menjemput menjadi ‘Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan’ bagi menjemput tetamu khas untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan program tersebut.  ‘Seterusnya majlis mempersilakan menjadi ‘Majlis dengan hormatnya mempersilakan’ digunakan untuk menjemput pengarah program untuk menyampaikan cendera mata kepada tetamu.


1 comment: