Tuesday, March 15, 2011

Bahasa Melayu itu indah

Saja-saja untuk renungan bersama.Contoh keindahan bahasa kita.



Prosa Tradisional: Peminangan Puteri Gunung Ledang

Setelah beberapa lamanya, maka isteri Sultan Mahmud itu pun mangkatlah. Maka Sultan Mahmud amat bercinta.

Sultan Mahmud  : Apa bicara orang kaya sekalian kerana negeri Melaka sekarang tiada beraja                                   perempuan.

Tun Mamat : Anak raja mana yang hendak tuanku pinang supaya patik sekalian kerjakan?

Sultan Mahmud  : Jikalau beristeri sama anak raja-raja ini, adalah raja-raja lain pun demikian                                       juga. Yang kita kehendaki, barang yang tiada pada raja yang lain, itulah yang hendak kita peristeri. Akan sekarang kita hendak meminang Puteri  Gunung Ledang. Tun Mamat kita titahkan.

Tun Mamat        : Baiklah tuanku.

Mereka berangkat ke puncak Gunung Ledang untuk meminang Puteri Gunung Ledang.

Dang Raya Rani: Orang mana kamu ini, dan hendak ke mana kamu?

Tun Mamat        : Kami ini orang Melaka, nama kami Tun Mamat, dititahkan oleh Sultan Melaka meminang Puteri Gunung Ledang ini. Dan tuan hamba ini siapa? Dan apa nama tuan hamba?

Dang Raya Rani: Nama hamba Dang Raya Rani. Hambalah pengetua Tuan Puteri Gunung Ledang. Nantilah tuan hamba di sini biar hamba persembahkan segala kata tuan hamba ini pada tuan puteri.

Dang Raya Rani hilang dalam sekelip mata lalu datang wanita tua bongkok belakangnya.

Wanita tua        : Adapun segala kata-kata tuan hamba itu sudahlah dipersembahkan oleh Dang Raya Rani pada Puteri Gunung Ledang. Akan titah tuan puteri, “jika raja Melaka hendakkan aku, perbuatkan aku jambatan emas satu, jambatan perak satu dari Melaka ke Gunung Ledang. Akan peminangannya, hati nyamuk  tujuh  dulang, hati kuman tujuh dulang, air mata setempayan, air pinang muda  setempayan, dan darah raja semangkuk, dan anak raja yang bernama raja  Ahmad itu semangkuk. Jika boleh demikian, kabullah tuan puteri akan  kehendak Raja Melaka itu.”

Tun mamat pun turun dari sana untuk kembali ke Melaka lalu dipersembahkan kepada Sultan Mahmud.

Sultan Mahmud: Semuanya kehendaknya itu dapat kita adakan, mengeluarkan darah itu juga                                    tiada dapat, kerana tiada sampai hati kita, melainkan berhentilah dahulu.


* cara orang dulu-dulu menggunakan keintelektualan dalam berbahasa dengan menggunakan helah secara halus untuk berkata 'tidak'. 



  yang kurik itu kundi,
        Yang merah itu saga;
  Yang baik itu budi,
       Yang indah itu bahasa

No comments:

Post a Comment