Thursday, March 10, 2011

Tugasan kumpulan

Dalam bilik kuliah

Kami diarahkan untuk melakukan satu persembahan sebagai tugasan kumpulan. Kumpulan pertama mempersembahkan drama yang bertajuk “Anakku”. Dalam drama tersebut ada babak yang boleh diambil iktibar iaitu ketika anak yang kurang ajar keluar daripada rumah dengan tergesa-gesa sehingga terlanggar wanita tua lalu berkata, “tak nampak ke?”. Anak tersebut terus meninggalkan wanita tersebut yang telah jatuh ke tanah tanpa melakukan apa-apa. Wanita tersebut menangis, tetapi bukan kerana sakit badan akibat jatuh tetapi terasa hati dengan anak yang melanggarnya itu.

Kesalahan situasi di atas ialah, tidak menghormati golongan tua. Mereka mempunyai hati yang lebih sensitif daripada golongan yang lain, jadi kita seharusnya pandai menjaga hati mereka dengan bertutur menggunakan bahasa yang sopan. Anak tersebut sepatutnya berjalan dengan berhati-hati supaya tidak mengganggu orang lain dan seandainya tidak sengaja, perlulah memohon maaf dan menolong wanita tua itu bangun.

No comments:

Post a Comment