Tuesday, March 15, 2011

Ia

Contoh keratan daripada sebuah karangan.


"Memandangkan kes penderaan kanak-kanak semakin meningkat, maka ia perlu dibendung dan diatasi dengan segera. Salah satu daripada cara untuk mengatasinya adalah dengan mengadakan kempen “Keluarga Bahagia” bagi menyedarkan ibu bapa tentang tanggungjawab mereka. Semestinya setiap orang mengidam-idamkan keluarga yang bahagia kerana keluarga adalah segala-galanya bagi kita. Tanpa keluarga tercinta hidup pasti tidak bermakna. Sesungguhnya kita memerlukan insan-insan tersayang di samping kita. Jadi, dengan adanya kempen ini sedikit sebanyak boleh mengelakkan daripada berlakunya kes penderaan kanak-kanak." 



    


Perkataan ‘ia’ perlu diganti dengan ‘kes ini’ supaya lebih tepat.

Menurut kamus dewan, ‘ia’ bermaksud kata yang diucapkan untuk membenarkan, mengakui atau menyetujui sesuatu; ya. Beria-ia bersungguh-sungguh: Dia ~ benar mengajak saya pergi ke Pulau Tioman. Mengiakan mengatakan ia; membenarkan; menyungguhkan: Saya ~ apa-apa yang dikatakannya. Perkataan ‘ia’ tidak boleh digunakan untuk menandakan kata ganti nama diri yang pertama kerana ‘ia’ tidak boleh berdiri sendiri. ‘ia’ merupakan perkataan singkatan bagi dia atau perkara yang dirujuki. 



No comments:

Post a Comment