Tuesday, January 25, 2011

situasi: 1

Situasi:

Baru-baru ini, Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA) UPSI
telah menganjurkan satu program iaitu majlis temu mesra kepimpinan negeri. Majlis ini diadakan di dewan SITC dan bermula pada pukul 8.00 malam. Turut hadir pada malam tersebut ialah YB Ahmad Razif, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, IPT & Sains. Majlis tersebut diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama anak-anak negeri Terengganu disamping memberi anugerah kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik. Dalam majlis tersebut, YAB Ahmad Razif telah memberi ucapan dan terdapat beberapa kesalahan bahasa yang berlaku. 


"Disini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran pelajar-pelajar dalam menjayakan majlis pada malam ini. Saya juga ingin mengucapkan tahniah di atas kejayaan dan kecemerlangan yang telah diperolah dan berharap kejayaan ini akan berterusan."




Barisan kepimpinan PERMATA


YB Ahmad Razif, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, IPT & Sains
Penerangan:
Contoh ucapan di atas merupakan kesalahan yang biasa berlaku terutama dalam percakapan sehari-harian, dalam akhbar, novel, buku cerita dan sebagainya. kebanyakan golongan yang tidak memepelajari bahasa Melayu secara mendalam tidak mengetahui hukum-hukum bahasa yang perlu dipatuhi. Walaupun kalihatan kecil namun, seandainya berlaku berterusan dan diguna secara berleluasa, kesalahan tersebut akan dianggap tidak salah pada mata masyarakat. Perkataan 'di atas' sepatutnya menjadi 'atas'. Hal ini kerana 'di atas' bermaksud ingin menunujukkan kedudukan dan ruang secara konkrit manakala perkataan 'atas' lebih sesuai digunakan kerana ayat tersebut tidak menunjukkan ruang. 

Friday, January 21, 2011

Diari harian (21 Jan 2011)

Situasi:

Sekarang merupakan minggu ke tiga kuliah dan sudah menjadi kebiasaan kebanyakan pelajar akan melangkahkan kaki masuk ke dalam perpustakaan. Masa ini jugalah saya gunakan untuk menyibukkan diri mencari buku. Semasa mencari buku yang diingini, saya terdengar perbualan dua orang pelajar yang saya jangkakan mereka adalah kawan baik. Disini saya sertakan sebahagian dialog yang mempunyai kesalahan bahasa.


contoh situasi di perpustakaan 


pelajar 1: Weh, aku nak tanya ko.bile PT masuk ek? Ramai di kalangan kawan aku yang sibuk minjam duit dengan senior yang dapat KPM. Kesian aku tengok.

pelajar 2: Mane la aku tahu. Sape la aku ni. Erm, orang lain je pinjam, ko tak pinjam ke?

pelajar 1: Erk. Ade gak, he he. Erm, jap jap di kalangan tu jauh ke dekat ejaannya?

pelajar 2: (dengan penuh yakin) Jauh.

pelajar 1: Oh ye ke? Ok

saya      : (ketawa dalam hati, ha ha ha)

penerangan:

 Berdasarkan dialog di atas, jelas menunjukkan kesalahan penggunaan bahasa dengan betul.Perkataan 'di' tidak boleh digunakan sebelum perkataan 'kalangan'. hal ini kerana perkataan 'di' digunakan untuk menunjukkan tempat atau kedudukan. kesalan ini dipanggil sebagai kesalahan frasa sendi nama dan kerap digunakan dalam akhbar, majalah, novel dan sebagainya. Sebenarnya ‘di-‘ ialah kata sendi nama yang digunakan untuk menunjukkan tempat atau lokasi. Contohnya:-

  • di rumah
  • di restoran
  • di tasik
  • di pantai
  • di desa
  • di bangku
  • di dalam kelas
Adakah kata ‘kalangan’ itu bermaksud tempat atau lokasi? …. TIDAK.
Jadi penggunaan ‘di kalangan’, dan ‘di dalam kalangan’ sebenarnya salah dan tidak gramatis!
sepatutnya:-
  • dalam kalangan bukannya di kalangan
  • dalam kesedihan bukannya di dalam kesedihan
  • dalam peperiksaan bukannya di dalam peperiksaan
  • dalam siasatan bukannya di dalam siasatan

Thursday, January 20, 2011

Diari harian (20 Jan 2011)

Situasi:

20 January 2011 merupakan cuti am sempena perayaan Hari Thaipusam dan kesempatan ini digunakan untuk mengemas kini fail-fail yang tersimpan di dalam komputer riba ini. Dalam proses tersebut, saya terjumpa teks ucapan pengerusi majlis program bakti siswa/i yang diadakan pada tahun lepas. Terdapat kesalahan tertentu dalam teks tersebut dan saya sertakan contoh teks ucapan itu.
Contoh sebahagian teks ucapan yang mempunyai kesalahan:

Majlis perasmian pembukaan program



Ucapan Pengarah program
Hadirin sekalian yang dihormati, tanpa membuang masa, majlis diteruskan dengan menjemput YANG BERUSAHA LEE TACK HOOI selaku PENGARAH PROGRAM  untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

UCAPAN YANG BERUSAHA LEE TACK HOOI


Terima kasih diucapkan kepada YANG BERUSAHA LEE TACK HOOI atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Hadirin sekalian yang dimuliakan,
Majlis seterusnya menjemput YANG BERBAHAGIA PROFESOR MADYA DR SHAHARUDIN BIN ABDUL AZIZ selaku TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI UPSI untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis perasmian pembukaan PROGRAM BAKTISISWA CAKNA ILMU 2009/2010 ini .
 Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

UCAPAN YANG BERBAHAGIA PROFESOR MADYA DR SHAHARUDIN BIN ABDUL AZIZ

Penyampaian cenderahati
Seterusnya majlis mempersilakan YANG BERUSAHA PROFESOR MADYA DR. AHMAD ZAIDI BIN JOHARI untuk menyampaikan cenderahati kepada YANG BERBAHAGIA PROFESOR MADYA DR SHAHARUDIN B ABDUL AZIZ (TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI)

Sebagai tanda ucapan terima kasih, majlis menjemput SAUDARA LEE TACK HOI  untuk menyampaikan cenderahati kepada YANG BERUSAHA PROFESOR MADYA DR. AHMAD ZAIDI BIN JOHARI
Dipersilakan.........


Kenangan bersama tautan kasih kami buat tatapan jauh dimata dekat dihati


Penerangan:

Perkataan yang digaris diatas merupakan kesalahan dari segi penggunaan kata jemputan bagi orang-orang yang berkenaan. Seringkali berlaku apabila pengacara majlis menggunakan perkataan ‘Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan … ‘, untuk menjemput pengerusi jawatankuasa, pengarah, dan tetamu khas untuk menyampaikan ucapan dalam satu-satu majlis. Hal ini menunjukkan tiada perbezaan dari segi protokol bagi ketiga-tiga jawatan tersebut.

Penghormatan sebenar adalah:-
i)                    Majlis dengan sukacitanya mempersilakan … untuk;
– pembaca doa, pengerusi dan jawatankuasa majlis
ii)                   Majlis dengan  hormatnya mempersilakan … untuk;
– pengarah, pengerusi, jawatankuasa induk
iii)                 Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan … untuk ;
– tetamu utama/khas

Pembetulannya ialah, ‘majlis diteruskan dengan menjemputmenjadi ‘Majlis dengan hormatnya mempersilakan’ bagi menjemput pengarah program memberi ucapan. Majlis seterusnya menjemput menjadi ‘Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan’ bagi menjemput tetamu khas untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan program tersebut.  ‘Seterusnya majlis mempersilakan menjadi ‘Majlis dengan hormatnya mempersilakan’ digunakan untuk menjemput pengarah program untuk menyampaikan cendera mata kepada tetamu.


Wednesday, January 19, 2011

Diari harian (19 Jan 2011)

Situasi:

Baru-baru ini, Menteri Besar negari Perak datang berkunjung ke Universiti Pendidikan Sultan Idris dan sempat singgah di kolej kediaman Harun Aminurrashid. Satu perjumpaan ringkas diadakan untuk mengalu-alukan kedatangan Y.A.B. Dato' Dr. Zambry Bin Haji Abd. Kadir. Sebelum majlis tersebut berakhir, beliau membuka peluang kepada semua penghuni kolej untuk menganjurkan sebarang soalan yang berkaitan dengan pengajian di UPSI.

Pelajar: Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada Yang Berhormat Dato’, naib canselor, pensyarah-pensyarah dan hadirin-hadirat sekalian.  

 Y.A.B. Dato' Dr. Zambry Bin Haji Abd. Kadir: Waalaikumussalam.

Pelajar: Disini, saya ingin mengajukan satu soalan, …



Y.A.B. Dato' Dr. Zambry Bin Haji Abd. Kadir

Penerangan:

Kesalahan dalam dialog di atas ialah kesalahan penggunaan ungkapan mengikut gelaran jawatan. Bagi Menteri Besar, panggilan gelaran yang betul adalah Yang Amat Berhormat. Gelaran ini juga digunakan untuk Perdana Menteri, Timbalan Ketua Menteri dan Ketua Menteri.  Sepatutnya panggilan kehormat ini tidak boleh dipandang ringan terutama bagi golongan terpelajar seperti pelajar di universiti. Selain itu, panggilan yang betul adalah perlu bagi menghormati golongan pemimpin yang berjasa kepada negara. Sebarang kesalahan yang berlaku menampakkan kelemahan dan sudah pasti sedikit sebanyak akan mengganggu perjalanan majlis.

Tuesday, January 18, 2011

Diari harian (18 Jan2011)

Situasi:
Dalam kuliah baru-baru ini, seorang pensyarah berbangsa Melayu telah menyentuh isu pelajar yang kurang beradap dengan orang yang lebih dewasa daripada mereka. Contoh dialognya ialah;

Pelajar: selamat petang, semalam aku lihat kau di sebuah pusat membeli belah, tapi       aku segan untuk tegur kau.
Pensyarah: (berlalu tanpa kata-kata kerana agak terkilan dengan pertuturan itu)

Pensyarah tersebut menyatakan yang dia tidak ingin melayan orang yang tidak tahu menghormati orang lain.





Penerangan:
Masalah utama dalam dialog diatas ialah tidak tahu cara menghormati orang lain. masalah bukan bahasa yang terlibat sering melibatkan masalah kata ganti nama diri sama ada sopan atau tidak sopan sama ada aku, saya, kau, engkau dan sebagainya. Hal ini sangat berkaitan dengan budaya sesuatu kaum. Bagi bangsa Melayu, penggunaan kata ganti nama ‘kau’ dan ‘aku’ dikhususkan kepada orang yang rapat seperti kawan atau orang yang setaraf dari segi umur dan status. Berbeza dengan kaum yang tidak mementingkan penggunaan ini. Pengetahuan yang luas mengenai sesuatu budaya begitu penting sebelum berkomunikasi dengan orang yang berkenaan. Sepatutnya pelajar tersebut perlu tahu akan penggunaan kata ganti nama yang sesuai untuk berbicara dengan pensyarah tersebut. Cara yang terbaik ialah pelajar tersebut perlu memohon maaf atas kesilapannya dan berjanji tidak akan mengilanginya lagi. 

Monday, January 17, 2011

Diari harian (17 Jan 2011)

situasi
Peristiwa ini berlaku pada suatu pagi yang sangat sejuk ditambah dengan pendingin hawa yang dipasang agak kuat rasanya. Semua pelajar dalam kelas tersebut kelihatan kedinginan. Kadang-kadang hilang fokus buat seketika kerana suasana tersebut agak menganggu emosi. Namun, selang seketika, sebilangan pelajar dalam kelas itu senyum tersipu-sipu. Ada kelucuan yang menggamit senyum kami. Kami berasa perkara itu lucu kerana kami mengetahui akan hal yang sebenar. Bagi membuktikan yang sesebuah karya itu agung, seorang pensyarah membacakan sebuah pantun empat rangkap yang berbunyi;

yang kurik itu kendi,
  Yang merah itu saga;
  Yang baik itu budi,
  Yang indah itu bahasa.



Penerangan :
Masyarakat pada hari ini sering mengguanakan peribahasa, pantun, perumpamaan atau ringkasnya puisi dengan tidak begitu sempurna. Antara kesilapan yang dilakukan ialah kesilapan bahasa. Banyak perkataan telah bertukar. Mungkin berlaku salah faham kerana kebanyakan puisi pada zaman dahulu disampaikan secara lisan. Jadi kemungkinan berlaku masalah salah dengar dan salah tafsir maksud perkataan yang digunakan. Biasanya perkataan yang digunakan dalam pantun mempunyai bunyi yang seiras untuk menepati sifatnya iaitu mempunyai rima a,b,a,b. kata-kata yang dipilih pula biasanya berkaitan dengan alam hal ini sesuai dengan masyarakat terdahlu yang sangat berkait rapat dengan alam kerana mereka banyak bergantung hidup dengan persekitaran semula jadi. Pantun di atas merupakan pantun turun temurun dari dahulu lagi. Jelas disini, pantun ini dicipta oleh orang dulu-dulu dan agak tidak sesuai andainya perkataan ‘kendi’ digunakan. Malah, setelah diselidiki dengan membaca buku-buku pantun, dan mendapat penerangan daripada seseorang yang begitu arif tentang puisi-puisi melayu, memang sah perkataan ‘kendi’ tidak digunakan dalam pantun tersebut. Sebetulnya ialah:

yang kurik itu kundi,
  Yang merah itu saga;
  Yang baik itu budi,
  Yang indah itu bahasa.

Perkataan ‘kendi’ sepatutnya ‘kundi’. Perkataan tersebut ternyata lebih sesuai dari segi bunyi dan maksudnya. Masyarakat melayu amat mementingkan keindahan dalam berpuisi dan tidak memisahkan hubungan manusia dengan alam.

Komen:
Pada pendapat saya, kita memang digalakkan untuk menggunakan puisi dalam berbahasa. Perkara ini amat dituntut bagi memastikan kelestariannya. Namun, kita perlu berhati-hati apabila menggunakannya terutama ketika memberi penerangan ilmiah kerana kuatir berlaku salah faham. Saya sendiri juga menjadi keliru apabila mendengar pantun itu. Namun, setelah bertanya kepada yang pakar, akhirnya saya percaya yang pantun itu memang salah. Justeru, masyarakat perlu menggunakan pantun yang sebetulnya supaya dapat mengelakkan pencemaran bahasa melayu berlaku lebih-lebih lagi pantun yang agung ini.