Monday, March 14, 2011

Saya ke awak?

Situasi dalam bilik kuliah.

Seorang pensyarah meminta agar salah seorang daripada kami datang ke depan untuk menolongnya membetulkan alatan elektronik yang berada di hadapan kerana tidak berfungsi. Malangnya, tiada seorang pun pelajar datang untuk membantunya.

Sepatutnya, pensyarah tersebut perlu memberi arahan dengan lebih spesifik seperti menunjukkan kepada individu tertentu. Contohnya, memanggil nama, atau arahan lain yang menunjukkan kepada individu tertentu seperti “yang memakai baju merah hujung sekali, tolong datang bantu saya dekat depan ni.” Begitu juga apabila bertanyakan soalan. 
Sebenarnya, pelajar sendiri perlu lebih mengambil berat akan hal ini dengan memberi kerjasama sepenuhnya iaitu cepat bertindak apabila menerima arahan, tetapi masyarakat muda zaman sekarang lebih suka menuding jari kepada orang lain. Arahan yang jelas lagi spesifik akan memudahkan kerja, menjimatkan masa dan tidak menyakitkan hati.

No comments:

Post a Comment