Monday, March 14, 2011

Saya tidak salah!

Di dalam bilik kuliah.

Semasa pembentangan kumpulan, pengajar telah menegur kesilapan yang dilakukan oleh kumpulan yang membentangkan hasil kerja mereka. Pengajar tersebut kelihatan agak kecewa kerana kumpulan tersebut telah melakukan kesilapan yang sama pada minggu lepas. Akibat tidak puas hati dan malu kepada rakan-rakan lain kerana mereka dimarahi, ketua kumpulan tersebut telah menagis. Mereka diarahkan untuk membaiki kesilapan mereka dan pengajar tersebut telah menasihatinya dengan nada yang baik tetapi dia tidak memandang muka pengajar itu. Pelajar lain hanya melihat gelagat mereka yang tidak boleh dijadikan contoh itu.

Sebagai pelajar, kita perlu menerima apa-apa sahaja teguran daripada tenaga pengajar. Perkara yang salah perlu dibetulkan. Bagi saya, teguran tersebut merupakan teguran yang ikhlas untuk mendidik pelajar. Bagi mengelakkan keadaan sebegini, seeloknya mereka pergi berjumpa dengan pensyarah untuk mendapatkan penerangan dengan lebih jelas mengenai tugasan yang perlu dilakukan. Hal ini dapat mengelakkan mereka daripada melakukan kesilapan berulang kali. Kata orang tua-tua, ‘malu bertanya sesat jalan’. Jadi, kita perlu menerima teguran dengan berfikira positif dan sentiasa bertekad untuk membetulkannya. 

No comments:

Post a Comment