Monday, March 14, 2011

Bahasa Melayu tinggi

Alkisah

Suasana di pejabat pos

Wanita  : Tumpang tanya, ini pejabat pos ke?
Pemuda: Bukan, ini pasar raya.

Sebenarnya, wanita tersebut telah berada di dalam pejabat pos, tetapi dia masih bertanya kepada seorang pemuda sama ada tempat tersebut ialah pejabat pos atau bukan. Pemuda itu menyindir dengan jawapan yang sangat bertentangan dengan tempat mereka berada.
Situasi ini menggambarkan dua keadaan. Pertamanya, wanita tersebut tidak seharusnya bertanya akan soalan tersebut kerana memperlihatkan kekurangannya kerana bertanya sesuatu yang sudah diketahui. Kedua ialah, sindiran pemuda tersebut. Mungkin pemuda tersebut terasa dia dipermainkan, tetapi sepatutnya dia perlu menjawab dengan jujur. Tidak salah untuk berkata jujur kerana pemuda tersebut tidak akan kerugian apa-apa dengan hanya menyebut dua perkataan, ‘pejabat pos’. Barangkali wanita tersebut hanya inginkan kepastian, mungkin dia tidak pandai membaca tetapi malu untuk berterus terang. Tiada siapa yang tahu akan hal sebenar sebab wanita tersebut bertanya. Mungkin dia takut, segan, gemuruh, tidak biasa dan sebagainya. Jadi, kita perlu jujur dalam segala hal walaupun kadang-kadang soalan yang ditanya kedengaran kurang logik. Ketahui juga bahawa semua orang ada kelemahan dan hanya dia dan yang Maha Pencipta sahaja tahu akannya. 

No comments:

Post a Comment