Saturday, February 19, 2011

Oopss........ maaf

Situasi:

Pada suatu petang, saya keluar berjalan-jalan di pasar malam untuk membeli makanan sambil melihat keadaan sekeliling untuk menghiburkan hati. Dalam kesesakan tersebut, seorang kakak yang agak gempal tubuhnya terpijak kaki saya ketika dia ingin berundur ke belakang. Agak sakit terasa. Dengan pantas, dia terus memohon maaf atas kesilapannya. Saya pula terus memaafkannya.

Dialog:

Kakak: (Berundur ke belakang, lalu terpijak kaki saya) Ops.
Saya: Aduh! Sakitnya.
Kakak: Maaf dik, akak tak nampak. Maaf ye. Sakit ke?
Saya: Tak pe, tak pe. Sikit je. Biasalah ramai orang kan.
Kakak: Betul ni tak de pape? Maaf ye
Saya: Saya ok kak. Saya maafkan
Kakak: Terima kasih.
Saya: Sama-sama.

Hal ini berbeza pula apabila berlaku di rumah. Dialog antara adik dengan saya.
Kelihatan adik-adik riuh bermain di halaman rumah. Mereka berkejaran sesama sendiri ditambah dengan kehadiran kawan-kawan mereka. Bertambah riuhlah suasana pada petang itu. Ketika saya sedang khusyuk mengangkat baju daripada ampaian, tiba-tiba…
Ada satu lembaga yang melanggar dari belakang sehinggakan saya jatuh ke tanah. Setelah menoleh, rupa-rupanya adik yang sedang bermain-main tadi terlanggar saya.
Saya: Buta ke?

Adik: Tak sempat nak brek.
Saya: Ooo. Lawak ye? Sakit tau. (dengan muka yang kemarahan)
Adik: Maaf la, aku memang tak sempat nak brek. Kan kalau aku brek, si Faiz tu tangkap aku.
Saya: Habis, semua orang kene langgar la?
Adik: Tak. Tadi tak sengaja. Maaf ye kak.
Saya: Ah, tak de maaf-maaf! (dengan nada yang agak kuat)
Adik: (Terus menangis kerana diperlakukan sebegitu)

Penerangan:

Situasi di atas hampir sama, yang membezakan ialah orang yang melakukan kesilapan. Kenapa kita sukar memaafkan orang yang kita kenal dan sayang? Itu merupakan persoalan yang sukar dijawab. Mungkin, ada sebab-sebab psikologi yang tertentu. Sebenarnya jika dibandingkan, kesakitan yang dialami di pasar malam lebih teruk berbanding dengan ketika di halaman rumah. Sehinggakan kaki menjadi merah. Sedangkan, semasa di halaman rumah, hanya jatuh biasa yang tidak meninggalkan sebarang tanda sakit. Sakit sedikit pada masa itu sahaja. Sepatutnya, sebagai seorang kakak, saya perlu menunjukkan contoh yang baik iaitu bersikap memaafkan orang lain. saya sepatutnya berlaku adil dan tidak menggunakan nada suara yang tinggi seperti yang telah berlaku. Memaafkan dan menasihati adik agar tidak mengulangi kesilapan adalah tindakan yang sepatutnya dilakukan ketika itu. Namun, saya belajar daripada kesilapan. Diharap, kejadian tersebut dapat menjadikan saya lebih baik pada masa hadapan. 

langsat, Oh langsat.

Situasi:

Semasa cuti sekolah sempena perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini, saya dan ahli keluarga mengunjungi sanak-saudara yang berada di sekitar Selangor. Oleh kerana kami bukan berasal daripada Selangor, dan tidak biasa dengan jalan raya yang banyak simpang dan sesak, maka kami telah sesat. Dalam suasana yang bergelumang dengan seribu perasaan, kakak saya mengambil keputusan untuk menelefon kawannya yang berada di Selangor untuk menanyakan jalan yang sepatutnya kami lalu. Semasa dia berbicara dengan kawannya itu, saya melihat riak wajahnya berubah, dia seolah-olah terasa terhina, malu dan marah. Dia terus menjadi marah-marah dan sekali gus memeningkan lagi kepala kami yang sudah kusut. Sebenarnya kami telah tersesat jauh dan sebab itulah menurut kakak, kawannya terus gelak dan mengutuknya. Dialognya lebih kurang begini:

Kak Zai: hahahahaha. Ape la ko ni, boleh sesat. Jauh pulak tu. Kan setiap jalan ada papan tanda, tak reti baca ke?

Inilah ayat yang mengundang kemarahan kakak saya ditambah dengan cuaca panas terik.

Penjelasan:

Pada pendapat saya, tindakan kawan kakak sangat tidak wajar. Dia seharusnya menenangkan orang yang dalam kesusahan dan bukannya menambahkan lagi kesulitan. Perasaaan marah itu tadi boleh mengundang bahaya kerana perasaan pemandu sudah terganggu. Dia berkemungkinan tidak fokus terhadap pemanduannya kerana memikirkan hal tetsebut. Walaupun kedenganran biasa, tetapi hal tersebut membuatkan seseorang berasa tercabar kerana berasakan diri diperlekehkan. Memang logik andainya tersesat di tempat yang tidak pernah dikunjungi. Sepatutnya kita perlu faham dan berusaha bertindak sewajarnya mengikut situasi. Jangan bertindak mengikut sesuka hati sehinggakan mendatangkan kesan buruk terhadap orang lain. Seandainya terlanjur dalam kata-kata, perlulah cepat-cepat meminta maaf supaya dapat meredakan keadaan. Hal ini kerana tiada sesiapa di dunia ini adalah sempurna.   

Jemput makan.

Situasi:

Dalam kepenatan bersiar-siar di Bandar Kuala Lumpur, saya dan keluarga singgah di sebuah kedai makan bagi mengisi perut kami yang mula berkeroncong. Pada masa itu, kami memesan beberapa jenis air minuman dan makanan panas. Semasa kami menunggu makanan tersebut, saya terlihat dua orang pelanggan yang kelihatan kurang senang. Tiba-tiba dia memanggil pekerja restoran tersebut dan meminta agar membawa makanan yang dipesannya secepat mungkin. Selang lebih kurang lima minit, pelanggan tadi bangun lalu memanggil pekerja yang bekerja di situ. Dia terus marah dan mengutuk pekerja tersebut.

Pelanggan: (Dengan suara yang agak keras sambil menuding jarinya kearah seorang pekerja) Weh, ko datang sini jap. Ko tau tak aku tengah lapar ni, tak reti-reti ke  nak masak cepat sikit!
Pekerja: Maaf encik, tolong tunggu sekejap lagi. Hari ini pelanggan agak ramai jadi lambat  sikit. Maaf, makanan encik hampir siap.
Pelanggan: Cakap je lebih, kerja tak buat. Sudah lah. Pergi kedai lain lagi bagus! Jom, kita pergi dari sini.

Kedua-dua pelanggan tersebut terus meninggalkan restoran itu manakala pekerja tersebut menangis lalu terus masuk ke dalam. Kami sekeluarga agak terkejut dengan insiden berkenaan.

Keterangan:

Kejadian sebegini berlaku akibat daripada sikap tidak sabar dalam diri. Sebagi pelanggan, kita tidak seharusnya pentingkan diri sendiri. Sebaliknya perlulah menilai semua aspek. Pada hari tersebut kelihatan ramai pelanggan dan hal ini tentu akan menyukarkan tukang masak untuk memenuhi semua kehendak pelanggan untuk memasak makanan dengan cepat. Sebagai manusia yang waras, sepatutnya kita bersabar dan perlu bijak mengurus kehendak kita. Seandainya kita ingin cepat, janganlah pergi ke restoran yang ramai orang kerana sudah tentu pesanan kita akan lambat sampai. Perkara ini akan mencemarkan imej masyarakat kita andainya pada masa tersebut terdapat pelancong asing. Mereka akan beranggapan negatif mengenai orang kita. Jadi, penggunaan bahasa yang kasar perlu dielakkan sebaliknya perlulah mengamalkan kesantunan dalam berbahasa supaya kehidupan kita lebih aman.

Tuesday, January 25, 2011

situasi: 1

Situasi:

Baru-baru ini, Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA) UPSI
telah menganjurkan satu program iaitu majlis temu mesra kepimpinan negeri. Majlis ini diadakan di dewan SITC dan bermula pada pukul 8.00 malam. Turut hadir pada malam tersebut ialah YB Ahmad Razif, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, IPT & Sains. Majlis tersebut diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama anak-anak negeri Terengganu disamping memberi anugerah kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik. Dalam majlis tersebut, YAB Ahmad Razif telah memberi ucapan dan terdapat beberapa kesalahan bahasa yang berlaku. 


"Disini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran pelajar-pelajar dalam menjayakan majlis pada malam ini. Saya juga ingin mengucapkan tahniah di atas kejayaan dan kecemerlangan yang telah diperolah dan berharap kejayaan ini akan berterusan."




Barisan kepimpinan PERMATA


YB Ahmad Razif, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, IPT & Sains
Penerangan:
Contoh ucapan di atas merupakan kesalahan yang biasa berlaku terutama dalam percakapan sehari-harian, dalam akhbar, novel, buku cerita dan sebagainya. kebanyakan golongan yang tidak memepelajari bahasa Melayu secara mendalam tidak mengetahui hukum-hukum bahasa yang perlu dipatuhi. Walaupun kalihatan kecil namun, seandainya berlaku berterusan dan diguna secara berleluasa, kesalahan tersebut akan dianggap tidak salah pada mata masyarakat. Perkataan 'di atas' sepatutnya menjadi 'atas'. Hal ini kerana 'di atas' bermaksud ingin menunujukkan kedudukan dan ruang secara konkrit manakala perkataan 'atas' lebih sesuai digunakan kerana ayat tersebut tidak menunjukkan ruang. 

Friday, January 21, 2011

Diari harian (21 Jan 2011)

Situasi:

Sekarang merupakan minggu ke tiga kuliah dan sudah menjadi kebiasaan kebanyakan pelajar akan melangkahkan kaki masuk ke dalam perpustakaan. Masa ini jugalah saya gunakan untuk menyibukkan diri mencari buku. Semasa mencari buku yang diingini, saya terdengar perbualan dua orang pelajar yang saya jangkakan mereka adalah kawan baik. Disini saya sertakan sebahagian dialog yang mempunyai kesalahan bahasa.


contoh situasi di perpustakaan 


pelajar 1: Weh, aku nak tanya ko.bile PT masuk ek? Ramai di kalangan kawan aku yang sibuk minjam duit dengan senior yang dapat KPM. Kesian aku tengok.

pelajar 2: Mane la aku tahu. Sape la aku ni. Erm, orang lain je pinjam, ko tak pinjam ke?

pelajar 1: Erk. Ade gak, he he. Erm, jap jap di kalangan tu jauh ke dekat ejaannya?

pelajar 2: (dengan penuh yakin) Jauh.

pelajar 1: Oh ye ke? Ok

saya      : (ketawa dalam hati, ha ha ha)

penerangan:

 Berdasarkan dialog di atas, jelas menunjukkan kesalahan penggunaan bahasa dengan betul.Perkataan 'di' tidak boleh digunakan sebelum perkataan 'kalangan'. hal ini kerana perkataan 'di' digunakan untuk menunjukkan tempat atau kedudukan. kesalan ini dipanggil sebagai kesalahan frasa sendi nama dan kerap digunakan dalam akhbar, majalah, novel dan sebagainya. Sebenarnya ‘di-‘ ialah kata sendi nama yang digunakan untuk menunjukkan tempat atau lokasi. Contohnya:-

  • di rumah
  • di restoran
  • di tasik
  • di pantai
  • di desa
  • di bangku
  • di dalam kelas
Adakah kata ‘kalangan’ itu bermaksud tempat atau lokasi? …. TIDAK.
Jadi penggunaan ‘di kalangan’, dan ‘di dalam kalangan’ sebenarnya salah dan tidak gramatis!
sepatutnya:-
  • dalam kalangan bukannya di kalangan
  • dalam kesedihan bukannya di dalam kesedihan
  • dalam peperiksaan bukannya di dalam peperiksaan
  • dalam siasatan bukannya di dalam siasatan

Thursday, January 20, 2011

Diari harian (20 Jan 2011)

Situasi:

20 January 2011 merupakan cuti am sempena perayaan Hari Thaipusam dan kesempatan ini digunakan untuk mengemas kini fail-fail yang tersimpan di dalam komputer riba ini. Dalam proses tersebut, saya terjumpa teks ucapan pengerusi majlis program bakti siswa/i yang diadakan pada tahun lepas. Terdapat kesalahan tertentu dalam teks tersebut dan saya sertakan contoh teks ucapan itu.
Contoh sebahagian teks ucapan yang mempunyai kesalahan:

Majlis perasmian pembukaan program



Ucapan Pengarah program
Hadirin sekalian yang dihormati, tanpa membuang masa, majlis diteruskan dengan menjemput YANG BERUSAHA LEE TACK HOOI selaku PENGARAH PROGRAM  untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

UCAPAN YANG BERUSAHA LEE TACK HOOI


Terima kasih diucapkan kepada YANG BERUSAHA LEE TACK HOOI atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Hadirin sekalian yang dimuliakan,
Majlis seterusnya menjemput YANG BERBAHAGIA PROFESOR MADYA DR SHAHARUDIN BIN ABDUL AZIZ selaku TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI UPSI untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis perasmian pembukaan PROGRAM BAKTISISWA CAKNA ILMU 2009/2010 ini .
 Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

UCAPAN YANG BERBAHAGIA PROFESOR MADYA DR SHAHARUDIN BIN ABDUL AZIZ

Penyampaian cenderahati
Seterusnya majlis mempersilakan YANG BERUSAHA PROFESOR MADYA DR. AHMAD ZAIDI BIN JOHARI untuk menyampaikan cenderahati kepada YANG BERBAHAGIA PROFESOR MADYA DR SHAHARUDIN B ABDUL AZIZ (TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI)

Sebagai tanda ucapan terima kasih, majlis menjemput SAUDARA LEE TACK HOI  untuk menyampaikan cenderahati kepada YANG BERUSAHA PROFESOR MADYA DR. AHMAD ZAIDI BIN JOHARI
Dipersilakan.........


Kenangan bersama tautan kasih kami buat tatapan jauh dimata dekat dihati


Penerangan:

Perkataan yang digaris diatas merupakan kesalahan dari segi penggunaan kata jemputan bagi orang-orang yang berkenaan. Seringkali berlaku apabila pengacara majlis menggunakan perkataan ‘Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan … ‘, untuk menjemput pengerusi jawatankuasa, pengarah, dan tetamu khas untuk menyampaikan ucapan dalam satu-satu majlis. Hal ini menunjukkan tiada perbezaan dari segi protokol bagi ketiga-tiga jawatan tersebut.

Penghormatan sebenar adalah:-
i)                    Majlis dengan sukacitanya mempersilakan … untuk;
– pembaca doa, pengerusi dan jawatankuasa majlis
ii)                   Majlis dengan  hormatnya mempersilakan … untuk;
– pengarah, pengerusi, jawatankuasa induk
iii)                 Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan … untuk ;
– tetamu utama/khas

Pembetulannya ialah, ‘majlis diteruskan dengan menjemputmenjadi ‘Majlis dengan hormatnya mempersilakan’ bagi menjemput pengarah program memberi ucapan. Majlis seterusnya menjemput menjadi ‘Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan’ bagi menjemput tetamu khas untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan program tersebut.  ‘Seterusnya majlis mempersilakan menjadi ‘Majlis dengan hormatnya mempersilakan’ digunakan untuk menjemput pengarah program untuk menyampaikan cendera mata kepada tetamu.


Wednesday, January 19, 2011

Diari harian (19 Jan 2011)

Situasi:

Baru-baru ini, Menteri Besar negari Perak datang berkunjung ke Universiti Pendidikan Sultan Idris dan sempat singgah di kolej kediaman Harun Aminurrashid. Satu perjumpaan ringkas diadakan untuk mengalu-alukan kedatangan Y.A.B. Dato' Dr. Zambry Bin Haji Abd. Kadir. Sebelum majlis tersebut berakhir, beliau membuka peluang kepada semua penghuni kolej untuk menganjurkan sebarang soalan yang berkaitan dengan pengajian di UPSI.

Pelajar: Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada Yang Berhormat Dato’, naib canselor, pensyarah-pensyarah dan hadirin-hadirat sekalian.  

 Y.A.B. Dato' Dr. Zambry Bin Haji Abd. Kadir: Waalaikumussalam.

Pelajar: Disini, saya ingin mengajukan satu soalan, …



Y.A.B. Dato' Dr. Zambry Bin Haji Abd. Kadir

Penerangan:

Kesalahan dalam dialog di atas ialah kesalahan penggunaan ungkapan mengikut gelaran jawatan. Bagi Menteri Besar, panggilan gelaran yang betul adalah Yang Amat Berhormat. Gelaran ini juga digunakan untuk Perdana Menteri, Timbalan Ketua Menteri dan Ketua Menteri.  Sepatutnya panggilan kehormat ini tidak boleh dipandang ringan terutama bagi golongan terpelajar seperti pelajar di universiti. Selain itu, panggilan yang betul adalah perlu bagi menghormati golongan pemimpin yang berjasa kepada negara. Sebarang kesalahan yang berlaku menampakkan kelemahan dan sudah pasti sedikit sebanyak akan mengganggu perjalanan majlis.