Tuesday, March 15, 2011

beli

Penjual wanita bermaksud orang yang menjual. Jadi, penjual wanita dapat dirumuskan sebagai orang yang menjual wanita.


Ejaan yang betul ialah juru jual wanita iaitu pekerja wanita yang menguruskan hal-hal jualan. Penggunaan kesalahan bahasa seperti ini secara berleluasa akan mencemarkan bahasa. Hal ini kerana masyarakat akan menganggap bahawa perkataan yang digunakan adalah betul padahal sebenarnya adalah salah. Masyarakat akan menjadi keliru dan akhirnya mereka sendiri yang akan melakukan kesilapan yang sama.
  

Sambung

Selain daripada singkatan ejaan, sering kali kedengaran penggunaan sebutan ringkas. Contohnya;

tu = itu
ni = ini
gi = pergi

Cuba didik diri kita menggunakan bahasa dengan betul seperti kita membaca doa dalam bahasa arab supaya maksudnya tidak berubah. Seandainya berubah maksudnya, kita akan menerima padah. 

muka buku

Kita terbiasa dengan penggunaan tulisan singakatan seperti;

akn = akan
mau = mahu
sj = sahaja
sket = sedikit
mai = mari



Tulisan sebegini biasa digunakan dalam ‘face book’ dan kebiasaan ini telah mempengaruhi masyarakat zaman sekarang terutamanya pelajar. Dalam melakukan tugasan juga, pelajar ada menggunakan bahasa singkatan ini untuk memudahkan kerja mereka. Sebagai seorang yang cinta akan bahasa, berkomunikasi dengan bahasa yang betul adalah perlu walau dalam apa-apa keadaan sekalipun. Jika kita tidak memelihara bahasa kita sendiri, siapa lagi yang akan melakukannya. 

"lebih baik jadi ulat buku daripada jadi rama-rama muka muku"

Puisi

Semasa menunggu bas

Terdengar perbualan antara sahabat yang berada di hadapan saya.

Aida       : Saya belajar kesalahan bahasa tadi.
Suzana : Habis tu?
Aida      : Tapi saya rasa, kesalahan bahasa banyak berlaku dalam pantun dan sajak.

Kalau dilihat daripada bahasa yang digunakan, memang betul kata Aida. Tetapi, sajak dan pantun merupakan puisi dan perlu diketahui bahawa puisi lebih mementingkan kepada keindahan dan mesej yang ingin disampaikan. Puisi tidak mengambil kira unsur tatabahasa kerana jika semua itu dititikberatkan, sesebuah puisi akan hilang keindahannya.
Contohnya:

Bagaimana kau merasa bangga, 
Akan dunia yang sementara, 
Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi,
Meninggalkan dirimu.

Bagaimanakah bila saatnya,
Waktu terhenti tak kau sedari,
Masihkah ada jalan bagimu untuk kembali,
Mengulangkan masa lalu.

Dunia dipenuhi dengan hiasan,
Semua dan segala yang ada akan,
Kembali padaNya.

Bila waktu telah memanggil,
Teman sejati hanyalah amal,
Bila waktu telah terhenti,
Teman sejati tingallah sepi.

Bayangkan jika perkataan ‘tak, kau, mu dan ku’ ditukar kepada perkataan yang sebenar-benarnya. Sudah tentu puisi tersebut akan hilang nilai estetiknya. Untuk mendeklemasikannya juga akan menjadi susah dan tidak menarik.

Sedihnya

Semah      : Assalamualaikum. Milah, kenapa sedih sangat ni?
Milah        : Waalaikumussalam. Pak cik saya telah kembali ke rahmatullah.
Semah      : Bila dia mati?
Milah        : (Diam seribu bahasa)



Perkataan ‘mati’ yang digunakan itu merupakan bahasa yang agak kasar dan amat tidak sesuai digunakan untuk menunjukkan manusia. ‘mati’ sesuai digunakan bagi tumbuhan dan haiwan. Perkataan tersebut tidak harus digunakan terutama kepada keluarga yang terlibat kerana akan mengguriskan hati mereka.

Pembetulan:

Gunalah perkataan ‘meninggal dunia’ bagi memberitahu tentang kematian. Penggunaan gaya bahasa halus ini dipanggil sebagai eufemisme yang bermaksud gaya yang menggunakan ungkapan yang lebih halus dan manis untuk menggantikan perkataan yang dianggap kasar dan tidak menyenangkan.

Contohnya:

Hendak ke sungai kecil = hendak membuang air kecil
Meninggal dunia = mati

Monday, March 14, 2011

Kata bilangan

Berbagai projek
Berbagai jenis
Berbagai juadah

Sepatutnya;

Berbagai-bagai projek
Berbagai-bagai jenis
Berbagai-bagai juadah

Kata bilangan ‘berbagai-bagai’ yang menunjukkan maksud jamak tidak boleh diganti dengan kata ‘berbagai’ kerana kata ‘berbagai’ bererti berbanding atau ada persamaan. ‘Berbagai-bagai’ juga boleh diganti dengan perkataan ‘pelbagai’.

D-M (Desa Murni)

Kesilapan yang kerap berlaku dalam perbualan seharian kita yang mempunyai kaitan dengan kesalahan hokum D-M iaitu perkara yang diterangkan mesti mendahului perkara yang menerangkan.

Lain-lain perkara
Lain-lain tempat
Lain-lain masa

Dalam frasa lain-lain perkara, kata yang utama ialah kata nama perkara sebagai pokok percakapan. Jadi, kata nama perkara sebagai kata utama yang diterangkan hendaklah diletakkan diawal rangkai kata. Oleh itu, perkataan lain menjadi penerang atau kata yang menerangkan yang diletakkan selepas kata utama perkara. Apabila kata utama perkara yang diterangkan menjadi bentuk jamak dengan cara diulang, maka kita akan mendapat rangkai kata perkara-perkara lain. dengan itu, rangkai kata yang betul ialah perkara-perkara lain dan bukannya lain-lain perkara.

Pembetulan;
Perkara-perkara lain
Tempat-tempat lain
Masa-masa lain