Monday, March 14, 2011

Bahasa Melayu tinggi

Alkisah

Suasana di pejabat pos

Wanita  : Tumpang tanya, ini pejabat pos ke?
Pemuda: Bukan, ini pasar raya.

Sebenarnya, wanita tersebut telah berada di dalam pejabat pos, tetapi dia masih bertanya kepada seorang pemuda sama ada tempat tersebut ialah pejabat pos atau bukan. Pemuda itu menyindir dengan jawapan yang sangat bertentangan dengan tempat mereka berada.
Situasi ini menggambarkan dua keadaan. Pertamanya, wanita tersebut tidak seharusnya bertanya akan soalan tersebut kerana memperlihatkan kekurangannya kerana bertanya sesuatu yang sudah diketahui. Kedua ialah, sindiran pemuda tersebut. Mungkin pemuda tersebut terasa dia dipermainkan, tetapi sepatutnya dia perlu menjawab dengan jujur. Tidak salah untuk berkata jujur kerana pemuda tersebut tidak akan kerugian apa-apa dengan hanya menyebut dua perkataan, ‘pejabat pos’. Barangkali wanita tersebut hanya inginkan kepastian, mungkin dia tidak pandai membaca tetapi malu untuk berterus terang. Tiada siapa yang tahu akan hal sebenar sebab wanita tersebut bertanya. Mungkin dia takut, segan, gemuruh, tidak biasa dan sebagainya. Jadi, kita perlu jujur dalam segala hal walaupun kadang-kadang soalan yang ditanya kedengaran kurang logik. Ketahui juga bahawa semua orang ada kelemahan dan hanya dia dan yang Maha Pencipta sahaja tahu akannya. 

Singkatan

Biasa, dalam perbualan, kita menggunakan bahasa singkatan untuk memudahkan komunikasi seperti ‘ini’ menjadi ‘ni’, ‘aku’ menjadi ‘ku’ dan ‘pergi’ menjadi ’gi’. Perkataan ini boleh digunakan selagi kita menggunakannya pada tempat yang betul.

Contohnya, fungsi kata singkatan ‘ku’ merupakan singkatan daripada perkataan ‘aku’ yang perlu disertakan dengan kata dasar sebelum dan selepasnya. Contohnya kumakan, kukasih, rumahku dan sebagainya.

Contoh kedua ialah kata ganti singkatan ‘ku’ adalah sebagai pelaku. Kata ganti singkat ‘ku’ sebagai pelaku hendaklah disatukan dengan kata dasar yang ada selepasnya untuk membentuk kata kerja pasif. Ejaan kata menjadi salah seandainya ‘ku’ dirangkaikan dengan tanda sempang atau dipisahkan daripada kata dasar yang mengikutinya. Contohnya;


Betul                                                 Salah
Kucari                                               ku-cari, ku cari
Kubalas                                             ku-balas, ku balas
Kucintai                                             ku-cintai, ku cintai
Kuterima                                            ku-terima, ku terima 

Jamak.

Daun-daun berguguran
Binatang-bintang berkelipan
Kucing-kucing berkeliaran
Sekalian hadirin




Sepatutnya;

Daun berguguran
Bintang berkelipan
Kucing berkeliaran
hadirin

Frasa kerja berguguran, berkeliaran dan frasa adjektif berkelipan sudah menunujukkan jamak. Oleh itu, perkataan sebelumnya tidak perlu digandakan kerana akan menjadi lewah. 

Masa.

Sering kita dengar dalam ucapan atau dalam perbualan seharian ayat macam ini, ‘dari masa ke semasa’, ‘dari masa ke satu masa’ dan dari masa ke suatu masa’.

Perkataan yang betul ialah, ‘dari masa ke masa’ dan ‘dari satu masa ke satu masa’, ‘dari suatu masa ke suatu masa’. Penggunaan ungkapan ‘dari masa ke masa’ dianggap kurang sesuai kerana ungkapan ini tidak mempunyai maksud jarak waktu. Oleh sebab itu, ungkapan ini tidak merujuk kepada jarak waktu tentu atau jarak waktu tak tentu. 

Saya tidak salah!

Di dalam bilik kuliah.

Semasa pembentangan kumpulan, pengajar telah menegur kesilapan yang dilakukan oleh kumpulan yang membentangkan hasil kerja mereka. Pengajar tersebut kelihatan agak kecewa kerana kumpulan tersebut telah melakukan kesilapan yang sama pada minggu lepas. Akibat tidak puas hati dan malu kepada rakan-rakan lain kerana mereka dimarahi, ketua kumpulan tersebut telah menagis. Mereka diarahkan untuk membaiki kesilapan mereka dan pengajar tersebut telah menasihatinya dengan nada yang baik tetapi dia tidak memandang muka pengajar itu. Pelajar lain hanya melihat gelagat mereka yang tidak boleh dijadikan contoh itu.

Sebagai pelajar, kita perlu menerima apa-apa sahaja teguran daripada tenaga pengajar. Perkara yang salah perlu dibetulkan. Bagi saya, teguran tersebut merupakan teguran yang ikhlas untuk mendidik pelajar. Bagi mengelakkan keadaan sebegini, seeloknya mereka pergi berjumpa dengan pensyarah untuk mendapatkan penerangan dengan lebih jelas mengenai tugasan yang perlu dilakukan. Hal ini dapat mengelakkan mereka daripada melakukan kesilapan berulang kali. Kata orang tua-tua, ‘malu bertanya sesat jalan’. Jadi, kita perlu menerima teguran dengan berfikira positif dan sentiasa bertekad untuk membetulkannya. 

Saya ke awak?

Situasi dalam bilik kuliah.

Seorang pensyarah meminta agar salah seorang daripada kami datang ke depan untuk menolongnya membetulkan alatan elektronik yang berada di hadapan kerana tidak berfungsi. Malangnya, tiada seorang pun pelajar datang untuk membantunya.

Sepatutnya, pensyarah tersebut perlu memberi arahan dengan lebih spesifik seperti menunjukkan kepada individu tertentu. Contohnya, memanggil nama, atau arahan lain yang menunjukkan kepada individu tertentu seperti “yang memakai baju merah hujung sekali, tolong datang bantu saya dekat depan ni.” Begitu juga apabila bertanyakan soalan. 
Sebenarnya, pelajar sendiri perlu lebih mengambil berat akan hal ini dengan memberi kerjasama sepenuhnya iaitu cepat bertindak apabila menerima arahan, tetapi masyarakat muda zaman sekarang lebih suka menuding jari kepada orang lain. Arahan yang jelas lagi spesifik akan memudahkan kerja, menjimatkan masa dan tidak menyakitkan hati.

Salah lagi.

Dalam bilik kuliah.

Mahasiswa kita pada hari ini suka menggunakan perkataan ‘ok’ semasa berkomunikasi terutama ketika pembentangan.

Penggunaan perkataan ‘ok’ perlu diganti dengan perkataan ‘baiklah atau baik’. Perkataan ‘ok’ merupakan singkatan kepada ayat bahasa inggeris iaitu, a word expressing approval or assent. Bagi bahasa Melayu, perkataan ‘baik’ adalah lebih sesuai.